Wednesday, August 5, 2009

Negara kacau bilau tanpa ISA

MUAK melihat kelibat dua pemimpin pembangkang yang turun semasa perhimpunan haram 1 Ogos lalu. Mereka ternyata merestui perhimpunan tanpa faedah itu.

Apa yang rakyat peroleh? Berapa ramai Melayu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sehingga majoriti Melayu menjadi bahan untuk memansuhkan ISA.

Apa kepentingannya kepada rakyat? Tidak ada rakyat yang mahu menyusahkan diri, menimbulkan ketegangan dan sanggup ditahan di bawah ISA.

Hanya orang yang berkepentingan peribadi, yang ingin mewujudkan suasana tidak aman sahaja yang akan melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan mereka ditahan di bawah ISA.
Hanya mereka ini sahaja yang mahu ISA dimansuhkan supaya kegiatan mereka tidak boleh dibendung dengan undang-undang apa sekali pun.

Percayalah jika negara huru-hara, generasi akan datang akan menerima akibat dan pihak yang begitu lantang ini akan menerima kutukan kerana perbuatan mereka.

Kalau kita selesa dengan kehidupan sekarang, maka itulah yang sepatutnya kita wariskan untuk anak-anak kita, bukannya sebuah negara yang kacau-bilau.

Nasib Melayu di bumi Melayu ditentukan oleh Melayu sendiri. Melayu sesama Melayu bertelagah kerana kuasa, bangsa lain sibuk menguasai ekonomi, teknologi, IT dan sebagainya.

Percayalah jika perkara yang merugikan ini berterusan, kita akhirnya meminta-minta di tanah air sendiri. Fikirlah, hanya kita yang berguling-guling di jalan raya selepas solat Jumaat. Kita jugalah yang disembur gas pemedih mata selepas saja mengabdikan diri kepada Allah SWT, berpanas, basah kuyup hanya kerana menentang sesuatu akta yang sepatutnya kita pertahankan.

Yakinlah, jika tiada ISA, tuntutan dan isu yang lebih menggugat perpaduan akan timbul, terutama dari golongan yang rakus kepada kuasa.

Pada saya, ia sekadar untuk menutup kesalahan dan kebatilan yang kian ketara, kerana kebenaran akan timbul juga akhirnya.

Fikirkan negara mana anak-anak kita akan meneruskan kehidupan. Fikirkan juga pemimpin dan kerajaan yang bagaimana untuk anak-anak kita terus hidup penuh toleransi dan persefahaman.

Janganlah melatih anak-anak kita menjadi juara maki-hamun jalanan, pejuang yang terjerit-jerit menyeru keruntuhan, sedangkan anak-anak bangsa lain ketawa kerana mereka akhirnya terus hidup penuh kemewahan .

Fikirkan juga betapa ramai anggota keselamatan Melayu yang dimaki-hamun, dicerca dan dilontar batu. Tapi apakah kita lupa, mereka inilah yang menjaga dan memastikan keselamatan agar pemimpin pembangkang yang serba mewah dapat hidup tenang dan aman.

Lupakah kita betapa Ronnie Liu berkata tidak percayakan pihak polis, tetapi beliau lupa kerana adanya polislah beliau dapat berkereta untuk ke mana-mana.

Fikirkanlah betapa kita kejam kepada pihak keselamatan kerana ingkar arahan mereka supaya tidak menyertai perhimpunan tempoh hari.

Insaflah dan fikirkan.

RUSUHAN..DEMONSTRASI AKAN ADA DI MANA-MANA SAHAJA JIKA TANPA ISA.

1 comments:

bekerlyperak said...

kita cakap macam mana pun juak-juak PKR, DAP n PAS ni bukan nye endah pun. depa dah buta tuli. depa dah buta n x nampak apa yang telah cina DAP buat pada mereka. cuba anda lihat di selangor sekarang pasal ARAK... tu pun masih nak sokong lagi parti komunis. juak-juak ni lah yang merupakan talibarut komunis.

Umat Nabi Muhamad yang tak pernah bersyukur, macam ni lah (juak2 PKR, DAP, PAS). depa lebih suka tengok negara ni kacau-bilau. depa lebih suka begaduh sesama sudara seislam mereka, yang kapir laknat depa peluk cium.

Bagi depa undang2 negara tak perlu. antara sebabnye, boleh le menambah tempat2 maksiat, menambah gengsater2. supaya satu hari nanti bukan polis, tentera yang menjaga negara, gengster2 ini yang akan menjaga negara dan merekrut anak2 MALAYSIA untuk jadi gengster seperti mereka yang penuh dengan sifat kejahatan.

kita akan tengok apa akan jadi negeri2 dibawah pemerintahan mereka lepas ni.