Wednesday, June 24, 2009

Dukacitanya umat Islam M'sia,harapan hanya tinggal harapan

Pembakang tidak jujur

Keputusan pakatan pembangkang khususnya Pas menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan menggambarkan parti itu tidak jujur membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Pas dilihat lebih suka mengadakan perbincangan dengan DAP berbanding UMNO berhubung isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama seperti soal agama dan orang Melayu.

Apa salahnya kalau kita bincang isu-isu ini bersama. Tindakan mereka menolak terus perbincangan itu telah memberikan gambaran sebenar berhubung kejujuran Pas dan pakatan pembangkang dalam soal ini.

Majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam mesyuarat mereka di Parlimen semalam memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Soal UMNO memfitnah pakatan pembangkang berhubung cadangan kerajaan perpaduan tidak timbul sama sekali kerana suara mengenai cadangan berkenaan sebenarnya datang daripada pakatan itu sendiri.

Cadangan tersebut disuarakan oleh beberapa Ahli Parlimen Pas sendiri sebelum ini dan apabila mereka menerima tekanan dalaman, mereka tarik balik cadangan berkenaan dan mengatakan ia sebenarnya suatu fitnah daripada UMNO.

Keputusan pakatan pembangkang menolak cadangan kerajaan perpaduan mendukacitakan UMNO khususnya orang-orang Islam.

UMNO sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan perbincangan dengan pakatan pembangkang demi kepentingan bersama.

1 comments:

melayujati said...

Sebenarnya penyokong PAS lah yang membantu DAP dan PKR memenangi banyak kerusi di P. Pinang.

Akhirnya PAS diketepikan macam sampah. Pakatan Rakyat kunun - Pakatan Kepala Butuh!