Friday, October 17, 2008

Resepi Lauk-Pauk

Udang masak serai
20 ekor udang sedang
2 btg serai
sedikit serbuk kunyit
7 tangkai cili api
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit minyak masak
sedikit jus limau nipis
sedikit garam
sedikit pak aji
sedikit gula

Cara buat :
Bersihkan udang ketepikan dahulu. Tumbuk cili lumat bersama sedikit garam, ketepikan. Bawang putih dan bawang merah di tumbuk jgn sampai lumat, ketepikan. Panaskan kuali dgn sedikit minyak, masukkan bawang yg ditumbuk td, tumis hingga garing. Kemudian masukkan serai yg diketuk dan cili yg ditumbuk td, selepas itu masukkan udang, serbuk kunyit, sos tiram, gaul dan balik2kan dlam kuali. Kemudian masukkan garam,pak aji, gula, jus limau nipis dan gaul rata dalam 5 minit lagi..kemudian angkat dan hidangkan.
Note : sotong / lala / ketam juga boleh.

Ayam Sambal Che' Ju
1 ekor ayam dipotong sederhana
bahan2 dikisar :
20 tangkai cili kering (kalau nk pedas blh lebihkan cili)
10 biji bawang kecil
1 labu bawang putih

5 tangkai daun kari
2 biji bawang besar (potong bulat2)
minyak untuk menggoreng & menumis
sos tiram, sos cili, kicap lemak manis
garam, gula, pak aji

Cara buat :
1 ekor ayam yg tlh dipotong sederhana dicuci bersih dan rebuskan separuh masak. Setelah itu asingakan air rebusan ayam (stok) dan ayam tadi. Ayam tadi hendak lah digaul bersama sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sederhana goreng, setelah itu angkat ayam dan biarka sekejap.
Untuk sambal, tumiskan cili,bawang merah dan bawang putih yg di blender td, tumis sampai garing dan pecah minyak. Setelah itu masukkan stok ayam biarkan mendidih dan masak hingga jd pekat sedikit. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis, gaul rata. Kemudian masukkan ayam tadi, gaul rata. Masukkan garam, gula, pak aji, gaul rata lagi. Last sekali masukkan daun kari dan bawang besar potong bulat, gaulkan hingga rata biarkan dlm 10 minit, kemudian hidangkan.
Note : Fungsi daun kari untuk menaikkan aroma masakkan.
Famili saya feberet masakkan ayam sambal ni.

Ikan bilis kaki
100gm ikan bilis
5 tangkai cili api (diketuk)
1 biji bawang besar (dihirs ikut suka)
kicap lemak manis
garam, pak aji dan gula
minyak untuk menggoreng & menumis

Cara buat :
Goreng ikan bilis agak2 garing, kemudian masukkan bawang goreng hingga garing. Masukkan cili tadi, masukkan kicap dan juga sedikit garam, pak aji dan gula, gaul rata. Hidangkan.

Note : Masakkan paling simple. Nak citer sikit..sejarah Ikan bilis "kaki" terjadi kerana ikan bilis yg dimasak seperti resepi di atas telah siap dihidangkan di dlm piring..ntah mcm mana piring tu dipijak..maka wujudlah resepi tu..heheee. P/S :- JANGAN PULAK LEPAS MASAK KORANG TRY PIJAK PIRING TU..

2 comments:

yeop perak said...

BAIK PUNYA RESEPI KAKI

ALEEN said...

heheee...fuhhh..mamblesssss